Home » Programmes » PENGENALAN KEPADA PERLADANGAN KELAPA SAWIT
Pembangunan sektor perladangan kelapa sawit di Malaysia telah melangkaui satu dekad dan hampir pada tahap maksimum keluasan penanaman ladang yang dibenarkan. Banyak pembaharuan telah diperkenalkan sepanjang seratus tahun operasi termasuk kesedaran kelestarian sejagat dimana indusri minyak sawit telah memperkenalkan sistem pengurusan lestari penghasilan minyak sawit dan rantaiannya. Walaupun begitu, sejarah permulaan sektor ini dan asas sains pertanian untuk perladangan kelapa sawit masih kekal. Disamping itu, pengetahuan baru bersifat saintifik dan kemahiran terkini berasaskan teknologi dalam menguruskan ladang bermula dari peringkat awal pembangunan sehingga penghasilan telah diperkenalkan sebagai amalan baru.
Setelah mengadakan banyak siri latihan berkaitan, kami dapati ada keperluan kepada kakitangan “Non-Planters” syarikat perladangan meningkatkan pengetahuan asas pengurusan operasi ladang di lapangan. Kursus ini ditawarkan adalah untuk memenuhi keperluan tersebut dan menutup jurang pengetahuan asas pengurusan operasi ladang di lapangan.
Program latihan selama 2 hari ini di rangka khas untuk membantu memenuhi keperluan pengetahuan asas perladangan kelapa sawit kepada peserta yang terlibat dalam sektor perladangan kelapa sawit.
KEBERHASILAN LATIHAN
Peserta akan dapat;
SASARAN PESERTA
Semua yang berminat tentang perladangan kelapa sawit
TEKNIK pembelajaran beriteraktif:
-Syarahan & Aktiviti dalam kelas
-Bengkel & kerja kumpulan
-Sesi perkongsian pengalaman
Fill up this form and you will be redirected to the programme full brochure.